Translate

Total Pageviews

Monday, March 9, 2009

BANJIR!

Ok.. cerita ni agak lapuk ketika ini, namun aku belum berkesempatan berkongsi cerita ini rasanya dengan anda semua.. pembaca blog saya yang kerdil ini.

Kejadian berlaku dengan sangat cepat, hanya kerana hujan yang turun selama hampir 3 jam dengan cukup lebat... Ketika itu aku di Parlimen..dan selesai tugasan di parlimen, dalam perjalanan pulang (ketika itu hujan sudah mulai berhenti secara perlahan), kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang agak teruk.

Memikirkan perlu adanya jalan yang mempercepatkan kami pulang, bagi memastikan story yang aku bawa balik dari Parlimen dapat dikeudarakan secepat mungkin--kami (aku dan cameraman, abang Fazly) mencari jalan alternatif.

Kami berjaya loloskan diri melalui jalan-jalan alternatif yang ada sehinggalah Jalan Putra.. sampai saja disana.. jalan kembali sesak. Apa lagi.. peluang yang ada didepan mata (lagi satu jalan alternatif) cuba digunakan sebaiknya oleh abang Fazly.. namun, apa yang kami temui adalah jalan buntu.. kenapa?

Sebab disinilah tajuk post ini mengambil tempat.. air naik setinggi 3 kaki (lebih kurang).. no wonderlah clear jer jalan ni.. hurm...dan ianya terjadi akibat limpahan air dari sungai (atau parit besar--kurang pasti) di sebelah Putra World Trade Center (PWTC).

Abang Fazly offer aku nak buat story tak..? Aku apa lagi.. pucuk dicita ulam mendatang.. sepantas kilat mengatakan "ya".. dan aku berjaya membuat story tersebut.. bangga tak terkata bila story itu keudara... huhuhu.. sesuatu yang sangat aku tidak jangka... :D

Dan dibawah ini adalah sedikit gambar yang menunjukkan keadaan ketika banjir itu...






2 comments:

Aishah Hamzah said...

bleh plak yer abg kumar nyempat amek gambo....
haha

Yuzz Yusop said...

wahhh!! mmg abg kumar ni internet bergerak ahhh!!