Translate

Total Pageviews

Tuesday, March 17, 2009

KERASNYA KATA2 KAU KUMAR!!!!!!

Itulah respon yang aku dapat bila ramai dikalangan pembaca setia setiap posting aku disini yang tidak berniat meninggalkan komen, memberikan komen diluar posting ini.

Tapi kenapa keras sangat posting tuh, when you were always smiling, laughing.. making stupid jokes... but, kenapa dalam posting tuh kau keras sangat menggunakan perkataan.

Ya.. aku keras dalam menggunakan perkataan.. sebab aku marah dengan orang yang sering salah dengan sifat aku.

Aku marah kerana orang itu tidak pernah tahu yang aku ini penuh dengan kasih dan sayang.. kerana orang itu tidak menghargai kasih dan sayang yang diberikan, dan kerana orang yang sama tidak faham yang aku sudah tidak mahu ingat tentang dirinya dalam apa jua keadaan.

Aku sudah tak mahu apa-apa yang mengingatkan tentang dirinya...memang aku akan keras bila aku sudah membenci.. maaf.. itu bukan sifatku.. tetapi sekali rasa benci sudah hadir dalam diri, tak mungkin ia mudah berlalu pergi.. bukan dengan kata-kata maaf yang boleh diungkap selepas seribu kali aku melihat kesalahan.

Aku tidak boleh terima yang aku dikhianati.. aku dihina dan aku dimalukan di khalayak umum bilamana keburukkannya sering aku pendam dan simpan untuk dinilai sendiri... persetankan apa pandangan dunia pada ketika ini.. aku sangat marah.. dan marah ini takkan padam sampai bila-bila....

Terlalu banyak penghinaan yang dilakukan.. terlalu banyak!!!!

Dan kalau hanya seorang yang membawa cerita buruk itu.. aku boleh melepas pergi begitu saja... tapi cerita sama, hadir dari banyak pihak.. dengan versi yang sama... dengan kenyataan dari pihak yang sama.. maaf!!!!! Aku sudah tidak mahu lagi terpalit sedikit pun pengalaman lalu..

Semua yang manis aku rasakan pahit kini.. semuanya!!! aku sangat menyesal.. terlalu sangat...sehingga aku tidak mahu mahu lagi orang baru dalam hidupku ini...meski ramai yang hadir.. rasa pahit yang ditinggalkan itu sudah sangat dalam berbekas.. bila bekas ini akan hilang.. hanya tuhan yang tahu....

Sudah!

Aku tidak mahu lagi apa2 yang kena mengena dengan manusia yang me'rosak'kan perjalanan hidup aku...

Dan aku percaya...

Semakin jauh aku pergi dari manusia ini, bahagia yang di impi semakin dekat!

Dan kawan2 yang tahu tentang siapa manusia ini, tolong jangan komen...atau tanya pasal dia lagi.. aku tidak mahu apa-apa hubungan atau kaitan dengan dia.. TOLONG..

Terima Kasih kepada rakan2ku yang sentiasa dekat di hati.. Bilamana aku bahagia, dia dan cerita tentangnya sering hadir menghancurkan kebahagian itu.. jadi aku sangat menghargai jika cerita itu tidak sesekali diungkitkan...

Aku tidak perlukan dia atau cerita tentangnya ....!!!!

2 comments:

Jannah Jalidar said...

thumbs up!

hidup mesti terussss~

;)

Yuzz Yusop said...

teruskan perjuangan abg kumar!!